aku sedang mencuba.
Sakit;
aku melawan rasa.
Pedih;
aku menahan jiwa.
aku harus terus berjuang.
untuk menjadi yang dia mahu.
aku yang biasa-biasa sahaja...
sungguh;
aku merana sebenarnya,
aku mahu kamu tahu itu!
bukan mudah untuk aku!
benar!
tidak melihat tentang kamu tika terbuka mata;
tidak mendoakan kesejahteraan di pagi-pagi kamu;
tidak teringatkan makan tidaknya kamu tika waktu makan tiba;
tidak tertanya-tanyakan ketidakaktifnya kamu;
tidak terfikirkan kamu tiap rehatnya aku;
tidak terisaukan sihattidaknya kamu di sepanjang hari;
tidak mendoakan tenangnya tidur kamu di malam sunyi;
sungguh!
itu semua aku tak mampu...
kerna;
itulah aku.
yang gila!
kau punya segala aku;
hingga aku tak mampu tanpa kamu...
namun,
aku akan tetap cuba.
cuba dan terus mencuba.
menjadi biasa-biasa sahaja.
yang kamu minta.
walau aku tahu hakikatnya,
aku terseksa di setiap ketika...
~ini untuk kamu,kekasih...
No comments:
Post a Comment