Tuesday, May 17, 2011

Apa saja

benar aku dah gila.
aku sanggup buat apa saja;
asalkan aku punya kesempatan bertemu.
harapan aku sangat tinggi.
sangat-sangat tinggi!
aku tak pinta berlama-lama.
cukup sesaat dari 24jam dia.
andai hanya menatap wajahnya sekilas cuma;
sungguh itu cukup buat aku!
aku mencari dan terus mencari;
di sejuta wajah yang melepasi aku.
mencari raut wajah dia,
orang yang paling aku rindu!
aku tunggu dan terus menunggu;
agar dia dapat kembali,
bertemu aku disini..
aku tak kemana-mana!
aku ada disini!
kembalilah!
ketemu aku!!!
aku jadi tak keruan;
serasa sudah hilang pertimbangan;
mahu saja aku jeritkan namanya;
agar segenap ruang tahu,
sungguh aku mengharap kehadirannya!
setiap detik berlalu;
aku tak berputus asa,
kerna aku yakin harapan masih ada!
namun,
segalanya bertukar suram.
hati mula rapuh;
emosi mula menguasai.
dia tau aku masih disini;
tapi dia hanya diam membisu...
kalau dia mahu,
dia akan tetap datang ketemu aku.
aku tetap boleh menunggu.
namun,
dia tetap jua membeku...
aku masih jua menanti,
dengan harapan yang tinggal sisa;
tapi dia tetap tak kembali...
menjenguk aku disini..
lagi...
mungkin betul apa orang kata;
aku masih bukan orang penting bagi dia.
tak perlu dia susahkan diri.
datang kembali kesini.
mencari aku.
iya,
aku mula sedar.
terima kasih kerana mengetuk tengkorak kepala aku.
menyentak dan menyedarkan aku.
aku bukan siapa-siapa;
hanya seorang gila,
yang cuba mengubah impi jadi realiti.
bodoh rupanya aku ni!


~Wahai orang gila;
selalu ingat ini.
REALITI TAKKAN PERNAH DAPAT JADI SEINDAH IMPI!!!
pahat dalam kepala otak ye!




No comments:

Post a Comment