Tuesday, May 17, 2011

Satu hari yang panjang...

Hari aku bermula dengan tersimpan sebuah harapan; Aku mahu jumpa dia. Berkobar-kobar hati aku menuju kota Kuala Lumpur. ~Walaupun di sudut hati kecil aku, aku tahu kemungkinan untuk tidak ketemu dia agak tinggi~ Tak apa la. Kuala Lumpur sendiri pun masih sebuah tempat indah buat aku. Tenang aku di situ. Perjalanan aku bermula di Mid Valley, Seronok dapat makan Kimchi Ramyun! Terasa dah lama tak makan. Selesai makan, aku gerak ke Pudu. Hajat di hati nak beli sesuatu buat hadiah, malangnya dah kehabisan... ~Masa tu dia kata dia dah habis kelas. Dia kata dia nak pergi makan. Kesian dia; mesti dia dah lapar... Dari Pudu aku pergi LowYat beli wayar laptop yang tercinta. Lepas tu berjimba-jimba di Times Square. ~MyOwnPlace~ Hati aku berlabuh disini. Aku boleh habiskan masa seharian aku di sini. Sini tempat aku.. Masa tu aku dapat mesej dari dia. Dia kata dah dekat Pavilion. Dah dekat sangat tu! Aku nak je gegar dia kat sana. Ala, setakat jalan kaki dari Times Square ke Pavilion tu dah biasa sangat! Tak jadi masalah buat aku! Aku tanya kat dia nak aku gerak sana ke, tapi mesej tak sampai. Hp dia off. Dah takde bateri agaknya. Aku rindu dia... Aku nak sangat jumpa dia... Aku terus gerak Pavilion. Aku cari dia. Aku harap sangat aku dapat jumpa dia. Habis satu Pavilion tu aku tawaf tapi aku tak jumpa dia.. Mana dia...? Nak contact dia tak dapat pulak.. Kenapa dia tak telefon aku ye?pakai je pakai public phone ke?entah-entah dia tak ingat kot nombor telefon aku... Masa aku pusing-pusing ukur besar Pavilion tu, ayong call aku cakap dia update status FB dia. Dia cari aku kat Time Square?! Kenapa dia tak bagitau?! aku cari dia kat sini, dia cari aku kat sana.. Aku nak jumpa dia! nak sangat jumpa dia! masa tu hujan dah rintik-rintik.. Aku gerak balik pergi Time Square. Orang dekat Times Square SANGAT ramai! Tapi aku tetap nak cari dia. Aku pergi Sony Centre; tapi dia dah takde.. Aku pergi setiap level kat Times Square; masuk setiap kedai; pandang setiap orang yang melepasi diri aku dengan harapan aku dapat jumpa dia. tapi aku tak jumpa... rasa nak menangis dah masa tu. Kenapa dia selalu rasa dekat tapi jauh dari aku...? Masa tu banyak perkara bermain dalam fikiran aku.. mungkin usaha aku masih tak cukup buat aku dapat jumpa dia... entah la. sedih sangat hati ni.. aku nak jumpa dia.. aku nak jumpa dia.. aku nak jumpa dia.. aku jerit macamana pun; aku kena terima hakikat aku tak dapat jumpa dia... lepas tu aku terpaksa balik Putrajaya. Hari dah malam.. Terpaksa tinggalkan Kuala Lumpur dengan hati yang hiba T_T

~aku tak boleh tipu diri aku yang aku rasa sangat sedih.. Shamimi Hanifa, semua yang berlaku ada hikmahnya... Sabar ye.. Takpela, masa akan mengubati rasa. aku hanya perlu masa untuk hilangkan rasa sedih ni. Semoga hari mendatang akan lebih memberi sinar bahagia buat aku...

No comments:

Post a Comment