Sunday, May 15, 2011

Kadangkala..

Kadangkala;
aku juga punya masalah aku sendiri.
terkadang;
ia dapat diselesaikan.
terkadang;
aku masih mampu bertahan.
terkadang;
ia sungguh berat buat aku...
hingga tak tertanggung seorang aku.

aku tak pernah lari;
terkadang tak boleh lari pun.
masalah tetap perlu aku selesaikan.
walau apa cara sekalipun..

tika aku tak mampu;
aku perlu dia...
Ya, dia sibuk!
sangat-sangat!
jangan kacau dia!
aku faham.
sangat-sangat faham!
tapi,
dia semangat aku.
kekuatan aku.

aku bukan mahu dia pinjamkan telinga;
untuk dengar segala keluh kesah aku.
aku bukan mahu dia pinjamkan bahu;
untuk aku curahkan tangis aku.
aku bukan mahu dia pinjamkan jemari;
untuk menyalur kekuatan buat aku.
itu mustahil semuanya...

cukuplah aku dapat dengar suaranya..
walau sepotong ayat.
atau;
cukuplah mesej kata semangat..
walau sepatah perkataan.
sungguh ia cukup buat aku!
kan aku jadikan bekal kekuatan aku.
untuk aku terus bertahan..

Kadangkala;
aku tetap tak dapat itu.
tak mengapa;
tak pernah terlintas untuk salahkan dia.
sebab aku faham dia.
sangat-sangat faham dia.

aku cari semula kenangan aku;
kata-kata yang dulu;
bina yakin sendiri.
GAMBATTE, Shamimi Hanifa!!!



lemah kah aku,kekasih?
kerna perlu selalu ada kamu...?
~haih...~

No comments:

Post a Comment