Thursday, May 26, 2011

Sebuah kejutan

aku berkeputusan
aku mahu menjejak dia
walau apa pun terjadi
aku mahu jumpa dia
hari ini!
dia ada di sana.
sibuk sentiasa..
aku katakan padanya
aku mahu kesana
berjumpa dia
biarlah seketika cuma.
hanya untuk menatap wajahnya
melepas rindu yang ada...
pabila tiba
darah terus menyerbu ke muka
walau tadi berkobar-kobar,
tika melangkah di situ,
kekuatan aku lenyap entah kemana!
aku senyap sendiri.
serasa ingin patah balik semula.
tak mampu menatap dia..
sedangkan jarak tinggal selangkah cuma.
segan aku pada dia bukan mainan!
adoiyai!
akhirnya aku kumpul kekuatan yang tinggal sisa,
menuju ke arah dia.
duduk di sebelah dia yang sedang bekerja.
menatap sisinya;
aku jadi lebur!
aku jatuh cinta lagi..
dan lagi..
lagi..
dia insan yang aku cinta.
hanya dia.
namun pabila dia memandang aku,
aku tak mampu menatapnya.
aku kembali segan.
mungkin aku hanya mampu
memandang dia dari kejauhan.
tak mampu menatap indah sinar matanya...
tika itu,
masa mencemburui aku.
aku tak mampu berlama dengannya
walau dalam hati mau disisinya selama-lama.
aku minta izin untuk pulang.
dan dia mau menemani aku!
sungguh aku terharu!
serasa mau menitis airmata aku.
terharu!
sepanjang perjalanan dia menemani aku;
melalui jalan-jalan yang sering aku tempuh dulu;
untuk menjejak dia.
dulu aku keseorangan,
kini aku berteman.
sungguh aku tak dapat gambarkan,
betapa bahagia aku rasa!
tika itu,
walau dia di depan dan aku menurutinya,
lebih banyak berdiam dari berkata-kata;
namun inilah saat-saat milik aku dan dia!
terima kasih tuhan.
kerana memberi aku ruang dan masa;
berdua bersama.
walau seketika.

~sungguh aku angau sampai sekarang!adoiyai..~

No comments:

Post a Comment