Friday, May 20, 2011

Lelah aku...

di saat ini;
aku sunyi sendiri.
bukan cuba untuk lari,
tapi banyak bersoal dengan diri sendiri..
antara soalan yang membelit aku;
semuanya mempersoal tindakan aku.
salahkah segala rasa aku selama ini?
melampaukah tindakan aku selama ini?
terlalu mendesakkah aku selama ini?
terlalu tinggikah harapan aku selama ini?
berlebihankah kelakuan aku selama ini?
memalukankah aku selama ini?
tak masuk akalkah aku selama ini?
semuanya menekan aku.
berlegar-legar dalam kepala aku.
terkadang aku rasakan;
aku dah lakukan semuanya.
segala cara telah aku cuba,
namun aku lihat hasilnya;
tak seperti aku duga.
hambar selalunya...
apa lagi harus aku lakukan..?
bila semua yang tak diingini berlaku,
aku selalu boleh positifkan diri;
sebab aku yakin dan percaya dengan cinta dia.
namun,
aku juga manusia biasa.
jika lari dan terus berlari,
mengejar sesuatu yang tak pasti;
akan tiba masa lelahnya..
bukan bermaksud mahu berputus asa,
namun aku perlu masa;
untuk berhenti seketika.
agar dapat bernafas semula...

~sayang, apa lagi aku harus lakukan untuk merebut cintamu...?
Haihh..


2 comments:

  1. nice post :)
    suke sangat baca. ni first time i bukak u punye blog n sangat best :)
    betul laa. penat menunggu sesuatu yang tak pasti.
    +penat+
    :)

    ReplyDelete
  2. terima kasih.semua ni cuma luahan untuk mengurangkan beban dan rasa yang terkurung dalam jiwa... =)

    ReplyDelete