Tuesday, May 24, 2011

Dia

Aku berkeputusan,
aku mahu berjuang untuk cinta ini.
aku perlu tinggalkan kisah yang lalu!
Fath tetap Fath;
dia tetap dia.
takkan pernah sama.
aku sedar salah aku.
aku selalu samakan dia dengan Fath.
selalu harap dia jadi seperti Fath.
semoga dia lakukan semua yang Fath pernah lakukan.
mungkin sebab tu aku selalu kecewa sendiri...
salahkan aku!
aku tahu!
situasi sekarang takkan sama dengan yang dulu.
aku perlu berjuang untuk masa depan,
bukan untuk bandingbeza dengan yang dulu..
maafkan aku..
itu sebabnya aku tanya pada dia,
apa kemahuan dia.
aku mahu turuti kata dia.
bukan kata hati aku yang mahu ubah dia;
jadi seperti apa yang aku mahu.
biar dia kekal menjadi dia;
kerana dia itulah yang aku jatuh cinta.
aku mula terima segala tentang dia;
cuba turuti kehendak dia;
faham tingkahnya;
cintai seadanya dia.
tak perlu ubah apa-apa..
kini,
aku dah bersedia.
melangkah satu fasa lagi.
berjuang demi hubungan yang punya nama.
agar aku punya tempat istimewa dihati dia...
agar aku dapat khabarkan pada dunia,
dia semangat aku.
cinta hati aku.
kekasih aku.
nyawa aku.
jiwa aku.
dia.

~aku harap dia juga sudah bersedia.
namun aku tahu dia masih perlu masa...

No comments:

Post a Comment